Friday 4 July 2014

Selamat Hari Ibu

   MAMA~ENGKAULAH RATU HATIKU




Alhamdulillah.Syukur Ke Hadrat Illahi kerana masih lagi bernafas dan diberi kesempatan oleh Allah S.W.T untuk terus menulis blog ini disamping muhasabah diri dan beribadah kepada Allah yang Esa.Artikel ini khas saya cipta untuk menghargai Hari Ibu dan juga seorang wanita yang paling ku sayangi,iaitu hamba Allah yang bernama YUSLINA BINTI MOHD.YUSOP.

       Bagi yang masih ada ibu,berbahagialah anda kerana ada insan yang selalu kasihkan anda sepanjang hari.Tapi bagi yang ibunya sudah pulang menghadap Illahi,kasih kita harus terus berpanjangan dengan menjadikan amalan sebagai sedekah kepada ibu bapa selain menyedekahkan bacaan Al-Quran dan zikir.
   Mama !!!

Selama 9 bulan mama mengandungkan akak dengan penuh susah payah.Hmmmm,mama ke sana ke sini mengendong kandungan yang bukanlah ringan sebenarnya.Mama tabah mengendong akak dan mengharungi pelbagai dugaan dalam hidup mama.Cuba gantung apa-apa kat perut korang semua,bawaklah selama 9 bulan supaya korang tahu bagaimana rasanya menjadi seorang ibu yang mengandung.Hmmm,itu laa ibu.... itulah istimewanya seorang wanita yang bergelar ibu.Muhasabah diri kita sama-sama.

     Pada 31 Mei 1998,jam 6.03 petang akak dilahirkan.Susah payah mama melahirkan akak.Mama tahan sakit demi melahirkan akak.
Mama !!!
Akak terlalu rindukan mama .Pulang lah ma !! :'(

     Korang nak tahu?Aku berpisah dengan mama sewaktu umur aku 7 tahun lagi kerana sebab-2 tertentu.Bila cuti panjang je aku akan berjumpa dengan mama . Korang sepatutnya bersyukur kerana mak korang selalu berada disisi korang bila korang susah dan senang .Hargailah mak korang semua.

     Mama !!!
Walaupun mama jauh dimata akak, tapi mama sentiasa ada dekat dihati akak.Sebagai anak,akak sedar yang akak perlu menghargai dan sentiasa memperuntukkan masa untuk mama ketika mama ada di atas muka bumi ini.Ramai mereka yang di luar sana telah kehilangan ibu tercinta dan carilah di mana-mana pun,pasti tidak akan dapat menggantikan ibu kandung kita.Bagi mereka,jika masa dapat diputarkan balik,mereka dapat menatap wajah dan berbakti kepada ibu pun jadilah.Jadi akak yang masih mempunyai mama dan hidup sentiasa diiringi doa dan kasih sayang seorang ibu.Adakah aku sedar untuk menghargai pada ketika ini? :'(

    Jika bukan hari ini,bila lagi.... ??Fikirlah ,apa yang kita lakukan sekarang untuk dia?Walaupun apa saja di dunia ini,tak akan dapat membalas jasa ibu kepada kita,tapi at least,berikanlah kesenangan hati kepada ibu kita agar sejuk perutnya mengandungkan dan bersusah payah melahirkan kita dahulu.Tanpa ibu,hari ini entah apa yang jadi pada kita.Entah dapat tengok dunia entah tidak . Renungkan lah :/

    Sama-samalah kita renung-renungkan, dan berusaha ke arah yang lebih baik.Jika bukan hari ini bila lagi..... ??Sampai ibu kita tiada lagi di dunia ini??Ketaka itu,tak ada apa lagi dapat merubah apa-apa.
HANYA PENYESALAN SAHAJA ! 

Akhir kata, SELAMAT HARI IBU kepada semua yang bergelar ibu.

    Mama !!

Sesungguhnya tiada apa yang dapat menandingi kasih sayang mama walau dengan cara apa sekalipun. I LOVE YOU MAAAA ...Sayang mama hingga akhir hayat .Akan ku kenangmu dalam doaku. Doakan kejayaan anakmu . ;-)

WASSALAM !